close

Ke Makam Bonda Lyrics & Chords By Unic

LyricsView Chords

Kami mengunjung pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Tracks related to ke makam bonda - unic

gelora asmara

by: siti nurhaliza

kudus sinarmu

by: siti nurhaliza

halaman cinta

by: misha omar

bisikan asmara

by: siti nurhaliza

ku mahu

by: siti nurhaliza

kurik kundi

by: siti nurhaliza

ku harap cinta

by: nowseeheart

siti situ sana sini

by: siti nurhaliza

sahabat gua

by: m. nasir

di hati

by: dehearty

wanita

by: siti nurhaliza

air mata syawal

by: siti nurhaliza

syukur

by: raihan

salju kasihnya

by: siti nurhaliza

berpantun kasih

by: siti nurhaliza

7 hari

by: rabbani

joget senyum memikat

by: siti nurhaliza

sampai di sini

by: misha omar

dari hati

by: 6ixth sense

nafas cahaya

by: misha omar

close
Sign in person Home A to Z All Artists Top Artists Top Tracks